TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 72)
Private Jet
Tidak pernah termimpi menaiki jet pensendirian. Tapi kalau sudah ada dalam suratan takdir, ianya boleh berlaku.
Sewaktu menghadiri satu mesyuarat Syariah di Jeddah bagi projek pembinaan hotel Safa di Mekah bersama Almarhum Dr Husin Hasan Hamid, Almarhum Dr Abdul Sattar Abu Ghuddah & Sheikh Dr Al-Qaradaghi, kami dijemput ke Riyadh oleh Pengerusi Kumpulan Bin Ladin, Sheikh Babakar (kalau tak salah ingatan). Ini berlaku di sekitar tahun 2010.
Oleh kerana trip ini tidak ada dalam jadual kami & masa yang terhad, beliau telah menghantar jet peribadinya ke Jeddah bagi menerbangkan kami ke Riyadh di waktu pagi & pulang semula ke Jeddah di waktu malam. Saya ingat saya seoramg sahaja yang jakun. Nampak gaya, masing2 teruja. Walaupun ia satu peluang yang jarang berlaku, yang lebih menarik ialah peluang duduk rapat2 bertentang mata dengan ulamak dan sarjana Islam ulung dalam perjalanan Jeddah-Riyadh-Jeddah. Kami dijemput makan tengahari & mesyuarat di rumah Sheikh Babakar (foto kami tiada dalam simpanan).
Peluang kedua ialah dari Lithuana ke Nice, Peranchis. Saya ada lawatan ke pusat kajian IT di Lithuana. Kemudian, saya terpaksa berada di Monaca pula. Pemilik syarikat IT di Lithuana & Monaca ini telah menempah jet pensedirian berwarna hitam elegant. Hanya tiga orang penumpang sahaja bersama dengan pemilik syatikat. Kami berempat terbang atas beberapa negara Eropoh untuk sampai ke Nice. Setiba di Nice, kami ke Monaco menggunakan kenderaan kereta.
Terdapat banyak perbezaan antara penerbangan awam & jet pensedirian. Sudah pasti jet persendirian tidak ada jadual penerbangan tetap. Kita boleh terbang bila2 masa. Ada privacy. Namun, ia amat mahal bagi terbang malah untuk parking sekalipun. Kena bayar sewa parking di lot lapangan terbang. Tidak boleh parking di rumah.
Industri penerbangan ada macam2 cara pengangkutan. Semakin hari semakin canggih. Mungkin satu hari, jet persendirian sudah menjadi milik ramai orang bila semakin murah disebabkan teknologi & juga kos gaji pilot yang boleh dioutsource. Dunia sudah semakin bergerak ke arah personalised solution. Ini sedang berlaku dalam banyak bidang kehidupan.
MDB